Mana Bagus Telur Separuh Masak Atau Telur Rebus

ZoyaQQ Lounge – Mana Bagus Telur Separuh Masak Atau Telur Rebus Telur merupakan makanan ruji yang diambil ketika waktu sarapan pagi. Meskipun terdapat pelbagai menu yang boleh di jadikan pilihan sebagai sarapan pagi tetapi rata-rata ramai orang gemar memilih telur sebagai pilihan utama untuk sarapan pagi mereka.

Jika di lihat rakyat di Malaysia gemar memakan telur rebus atau telur separuh masak bersama roti, lada putih dan cuka atau kicap. Tapi antara kedua-dua jenis telur ini yang mana satu bagus untuk kesihatan.

Mungkin dari mata pandangan mata kasar perbezaan yang dapat di lihat adalah masa yang di perlukan bagi memasak telur rebus dan telur separuh masak.

Tapi adakah itu sahaja, bagaimana kita mahu mengenalpasti yang mana satu lebih baik untuk kesihatan diri. Pastinya kita bukan saja mahu perut berasa kenyang di pagi hari tetapi dalam masa yang sama. berharap makanan yang di makan dapat memberikan khasiat dan menjana kesihatan diri juga.

Khasiat Telur Rebus

Menjaga Kesihatan Mata

Manfaat memakan telur rebus dari segi kesihatan adalah ianya baik untuk kesihatan mata. pengambilan telur rebus secara rutin akan memberikan banyak karotenoid yang mana ia memainkan peranan penting bagi melindungi mata dari masalah penurunan fungsi penglihatan.

Kuku Menjadi Sihat Dan Kuat

Telur rebus juga mengandungi sumber vitamin D, mineral dan anti oksidan yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.

Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan telur rebus juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus memiliki sumber choline yang baik iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dan telur rebus juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

Baik Untuk Tulang

Mahukan tulang yang sihat dan kuat, makanlah telur rebus. Telur rebus yang kaya dengan vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah. Dan mengambil telur rebus secara rutin juga dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.

Melancarkan Saluran Darah

Telur rebus dapat membantu kesihatan jantung dan mencegah saluran pembuluh darah menjadi beku atau tersumbat serta pengambilan telur rebus juga dapat mengelak dari berlakunya serangan strok.

Mampu Mencegah Risiko Kanser Payudara

Telur rebus sangat bagus untuk para wanita untuk menjaga kesihatan payudara, ini adalah kerana telur rebus dapat membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.

Boleh Menurunkan Berat Badan

Tahu tak dengan memakan telur rebus secara rutin dapat membantu menurunkan berat badan secara berkesan. Selain mengandungi kalori dan protein yang bagus untuk diet, kamu tidak perlu tentang kehilangan nutrisi dari makanan.

Khasiat Telur Separuh Masak

Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai. Tak Keras, Tak Cair, Gebu  Je!

Bagus Untuk Diet

Telur separuh masak juga bagus untuk amalan diet kerana mengandungi asid amino . Protein yang tinggi yang dapat memberi bekal tenaga kepada tubuh.

Membina Otot

Telur separuh masak juga dapat membantu membina otot dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta bertenaga.

Meningkatkan Metabolisma Dan Sistem Imun Diri

Kandungan asid amino di dalam telur separuh masak dapat membantu meningkatkan sistem imun diri dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan metabolisma di dalam tubuh manusia.

ADMIN

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *